Wednesday, November 8, 2006

Malaysiaku Hari Ini



Malaysia ku hari ini..
Kuliah maghrib tak de lagi..
Kikir barat sampai pagi..
Sure heboh tiap2 negeri..
Mufti menegur terus dimaki..
Kes bunuh hari2..
Rompak ragut makin menjadi..
Aurat dah tak ambil peduli
..
Termasuk bini para menteri
..
Hukum hudud selalu dicaci
..
Pelembagaan penjajah di junjung tinggi
..
Pejuang islam ditangkap digari
..
Bapak rasuah pula dipuji
..
Inilah dia islam hadhari
..
Tajaan paklah ahmad badawi
..
Al-ghazali yang kita cari
..
Rupa2nya Mawi yang ditemui.....
Dari kampung ke akademi
..
Dari ngaji nak jadi penyanyi
..
Hidup biasa kini sensasi
..
Dari tsunami jadi tsumawi
..
Menjadi idola masa kini
..
Tapi skrg apa dah jadi
..
Putus tunang bapa pula mati
..
Dulu dijulang kini dicaci
..
Konon mula dah lupa diri
Ina ditatang kini di benci
Alasan sudah takdir ilahi
Alasan lapuk sejak azali
Akhirnya putus kahwin tak jadi
Hai kau ni mawi apa nak jadi....
Kini pula kecoh hal siti
..
Dah tiba masa nak dikahwini
..
Oleh datuk tp bukan menteri
..
Jauh lagi pemimpin tertinggi
..
Kahwin pula nak ikut hati
..
Tak de yang muda lekat dihati
..
Yg tua juga pilihan hati
..
Apa nak jadi kau ni siti..
Datuk k tu pula tak sedar diri
..
Dah tua bangka nak kahwin lagi
..
Tak sedar diri anak dah berlari
..
Bagi pompuan sekejab menjadi
..
Alasan kahwin juga takdir ilahi
..
Sudah jodoh harus dituruti
..
Umum kahwin bagai nak umum menteri
..
Jangan cerai udah cam erra ngan yusri.
..
Cukup sudah tulisan ku ini
..
Sebagai nasihat dan teladan hari ni
..
Kisah 2 insan ini
..
Kononnya role model masa kini
..
Tercipta dari islam hadhari
..
Yang jadi kebanggaan seantero negeri
..
Bak tua dan juga muda mudi
..
Akhir kata dariku ini
..
Moga malaysia negara ku ini
..
Cemerlang gemilang, terbilang lagi terperi
..
Menjadi kebanggaan seluruh duniawi
..
Bukan kerna siti dan mawi
..
Tapi jadilah insan sejati
..
Mencari jalan kebenaran hakiki
..
Moga hidup selalu diredhai
..
amin....

Tuesday, November 7, 2006

Corat Coret Suami Isteri

|| Suami - Bila marah, naik kaki, tangan tapi bila nak benda tu, lupa isteri tengah pendam perasaan
|| Isteri - Bila marah, suka cakap " menyampah betullah..." tapi, orang yang dia menyampah tu la yang tidur di sebelahnya saban malam.
|| Suami - Kalau terima sms atau call dari perempuan, suara jadi perlahan dan manja tapi masa cakap dengan isteri, macam ada speaker je kat anak tekak dia.
|| Isteri - Kalau nampak orang perempuan sms suami....kata suami main kayu tiga....cemburu melulu. padahal sms dari rakan sekerja
|| Suami - Marah dan masam muka kalau rumah semak dan berselerak.. .padahal dialah ketua penyemak letak kain sarung bulat-bulat macam ular sawa kenyang.
|| Isteri - Asyik pakai baju kelawar je kat rumah, rambut tak sikat rapi tapi bila suami pandang perempuan lain, marah...padahal dia sendiri tak kemas diri.
|| Suami - Kalau isteri berleter...boring, marah terus angkat kaki....tapi kalau bos berleter sanggup dengar berjam-jam walau sambil berdiri.
|| Isteri - Kalau suami balik lambat.....ingat cari perempuan lain.....padahal suami buat kerja lebih masa nak tambah rezeki.
|| Suami - Tak pernah nak tolong isteri buat kerja rumah...padahal isteri pun kerja juga sama macam suami
|| Isteri - Kena kemas rumah, layan kerenah anak selepas balik kerja....suami pula tonton tv atau baca surat khabar....minta isteri bancuhkan kopi pulak tu.....walhal kat pejabat boleh je bancuh sendiri.
|| Suami - Tak pernah puji masakan isteri.....padahal hari-hari makan masakan isteri sampai habis 3 pinggan nasi.

|| Isteri - Emmm.....sabor je la yek......:)

Monday, November 6, 2006

Erti Seorang Kekasih



Seorang Penulis Barat pernah menulis, dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.. Tetapi, di dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang kekasih yang memahami kita, sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang kekasih, begitu juga dia. Tetapi, kita sering terlupa hal ini. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa sering dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri...

Kita terlupa, kita pernah membiarkannya ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita memberi seribu alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti juga kita, dia juga tahu rasa kecewa... Tetapi, kita sering terlupa....

Untungnya mempunyai kekasih yang sentiasa berada di sisi kita, di saat-saat kita memerlukannya..dan di saat kita perlukan perhatian daripadanya...dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya, kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kekadang kita lupa mereka juga ada banyak cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk bersama-sama menceritakan tentang rasa bimbang, dan rasa takutnya???

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita kecewa dan menyerah kalah??? Dapatkah kita meyakinkan bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan???