Saturday, May 5, 2007

babak


Edisi kali ini menampilkan tema BABAK. Di dalam setiap fhoto anda sila sertakan satu petikan dialog pendek dari filem² atau drama² pilihan anda. Pastikan dialog tersebut berkait rapat dengan fhoto anda. Fhoto adalah bebas tetapi pastikan ianya berkualiti dan mempunyai nilai² estetika, sentimental mahupun komersial. Seperti biasa, perhati, renung dan amati keadaan di sekeliling anda. Kehidupan seharian yang anda lalui tidak ubah seperti babak² di dalam filem/drama yang pernah anda tonton. Secara tak langsung, anda adalah pelakon ataupun pengarah kepada babak² itu.

Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Gunakan sepenuh kekuatan untuk menolak tempurung lalu keluar dan melompat² kegembiraan kemudian berenang dengan bebas dan jayanya.